Archive for January, 2009

MENDAPATKAN HATI YANG BERSIH

Amat beruntung jika kita memiliki hati yang bersih. Setelah mengetahui kelebihan hati yang bersih, sepatutnya membuatkan diri kita berpikir setiap hari bagaimana mahu menjadikan hati kita bersih. Hal ini kerana, hati merupakan aset utama untuk mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat. Subhanallaah, sungguh indah dan mudahnya hidup ini bagi sesiapa yang memiliki hati yang bersih. Oleh [...]

Monday, January 19th, 2009

JIKA HATI BERSIH

Saudaraku, jika hati kita bersih, pandangannya akan menembusi segala hijab-hijab iaitu tabir alam maddiah (benda). Maka, tersingkaplah hijab-hijab itu dan terbanglah ia ke alam ghaib yang maha luas setakat yang diizinkan oleh Allah Taala. Waktu itulah Allah SWT curahkan ke dalamnya perkara atau barang yang berharga dan terlalu bernilai iaitu keimanan, keyakinan, ketaqwaan, hikmah, kasyaf, [...]

Sunday, January 18th, 2009

KENALI HATI

Kali ini kita akan mengenali hati. Hati terbahagi kepada dua.
Pertama: Hati daging, ianya bersifat zahir. Ia merupakan kajian doktor perubatan.
Kedua: Hati nurani, ianya bersifat batin. Ia pula merupakan kajian doktor kerohanian (para rasul, nabi-nabi, para wali dan ulama-ulama sufi serta sealirannya termasuklah ahli psikologi).
Kaitan antara kedua-dua hati ini ialah: Hati daging merupakan [...]

Saturday, January 3rd, 2009

SUB KONSTRUK 1 - NIAT

Salam. Bertemu lagi kita untuk membahaskan tentang HQ. Kali ini, saya mulakan dengan satu hadis yang saya rasakan amat sinonim dengan HQ dan saya akan huraikan dari semasa ke semasa untuk menjadikannya salah satu sub konstruk HQ.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang [...]

Saturday, January 3rd, 2009

PERINGATAN

Saya ingatkan kepada diri saya sendiri dan para pembaca beberapa perkara berkaitan penulisan saya:
-          Semua penulisan saya mungkin betul dan mungkin salah. Jika betul, guna dan sebarkanlah semoga kita sama-sama mendapat hidayah dan manfaatnya dari Ilahi. Yang pasti, jika kata-kata saya itu saya sandarkan dengan hujah dari al-Quran dan Hadis Nabi yang saya nyatakan kesahihannya [...]

Thursday, January 1st, 2009

BAGAIMANA HQ BERFUNGSI?

BAGAIMANA HQ BERFUNGSI? Ini lagi satu soalan yang menarik! J Saya mahu menjawab persoalan itu dengan beberapa soalan.
S: Kenapa ada manusia sanggup membunuh?
J: Sebab manusia itu HATInya sudah kering!
S: Kenapa manusia berdendam?
J: Kerana sakit HATI dengan orang lain.
S: Kenapa manusia mencari hiburan?
J: Mengisi kekosongan HATI.
Masih ada banyak lagi persoalan [...]

Thursday, January 1st, 2009

KENAPA HQ?

KENAPA HQ? Menarik persoalan itu. Tetapi, sebelum saya menjawab persoalan itu, baik rasanya jika saya ceritakan dahulu sejarah kajian saya berkaitan kecerdasan supaya pembaca lebih memahami kajian dan hasrat isi hati kecil saya. Untuk makluman, ketika mengambil Ijazah Sarjana Muda saya telah menjalankan kajian berkaitan EQ untuk Latihan Ilmiah. Saya amat tertarik dengan EQ dan [...]

Thursday, January 1st, 2009

APA ITU HQ?

HQ atau dalam istilah yang panjangnya, “Heart Quotient” saya ertikan dengan kecerdasan hati. Sebagaimana Inteligent Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ) = Kecerdasan Emosi, Spritual Quotient (SQ) = Kecerdasan Rohani/Spritual dan gabungan daripada kecerdasan-kecerdasan itu seperti EQSQ, ESQ, EIQ dan lain-lain yang ada. Tetapi, HQ bukanlah gabungan daripada istilah-istilah tersebut. Setakat pemerhatian dan pencarian saya di [...]

Thursday, January 1st, 2009