MENDAPATKAN HATI YANG BERSIH

pena

Amat beruntung jika kita memiliki hati yang bersih. Setelah mengetahui kelebihan hati yang bersih, sepatutnya membuatkan diri kita berpikir setiap hari bagaimana mahu menjadikan hati kita bersih. Hal ini kerana, hati merupakan aset utama untuk mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat. Subhanallaah, sungguh indah dan mudahnya hidup ini bagi sesiapa yang memiliki hati yang bersih. Oleh itu, marilah kita bina matlamat untuk mendapatkannya. Setelah itu, susun strategi yang jelas dan laksanakanya.

Kali ini saya berikan beberapa strategi yang boleh dilakukan untuk mendapatkan hidup yang indah dan bermakna dengan hati yang bersih:

1. Ilmu

Mencari ilmu tentang hati; keutamaan hati yang bersih, kesan hati yang busuk, tabiat hati, bagaimana untuk mensucikannya dan lain-lain berkaitan hati. Laman blog ini boleh dijadikan salah satu sumber untuk memahami hati. J Selain itu, kita juga boleh menghadiri majlis ilmu, membeli buku tentang hati, mendengar ceramah yang membicarakan persoalan hati dari cd, kaset, muat turun dari internet dan lain-lain. Lebih berkesan jika dapat belajar secara terus dengan orang yang sudah memahami dan mempraktikkan ilmu hati ini dalam kehidupannya. Ilmu yang disampaikan oleh orang yang sudah memahami dan mempraktikkan ilmunya mempunyai kekuatan yang tersendiri. Oleh itu, carilah orang yang telah mengamalkan ilmu hati ini.

Strategi kedua dan seterusnya, pada post yang akan datang. Semoga berjumpa lagi. Wassallam.

MARILAH KITA BERSAMA BERUSAHA MENDAPATKAN HATI YANG BERSIH

January 19th, 2009 by sifutaj | 63 Comments »

JIKA HATI BERSIH

blackman

Saudaraku, jika hati kita bersih, pandangannya akan menembusi segala hijab-hijab iaitu tabir alam maddiah (benda). Maka, tersingkaplah hijab-hijab itu dan terbanglah ia ke alam ghaib yang maha luas setakat yang diizinkan oleh Allah Taala. Waktu itulah Allah SWT curahkan ke dalamnya perkara atau barang yang berharga dan terlalu bernilai iaitu keimanan, keyakinan, ketaqwaan, hikmah, kasyaf, ilmu laduni, firasat dan lain-lain lagi.

YA ALLAH! BERSIHKANLAH HATI KAMI…

January 18th, 2009 by sifutaj | 170 Comments »

KENALI HATI

heart-in-hands

Kali ini kita akan mengenali hati. Hati terbahagi kepada dua.

Pertama: Hati daging, ianya bersifat zahir. Ia merupakan kajian doktor perubatan.

Kedua: Hati nurani, ianya bersifat batin. Ia pula merupakan kajian doktor kerohanian (para rasul, nabi-nabi, para wali dan ulama-ulama sufi serta sealirannya termasuklah ahli psikologi).

Kaitan antara kedua-dua hati ini ialah: Hati daging merupakan sarang atau rumah bagi hati nurani.

Perbahasan kita di sini adalah hati nurani. Ia dianggap raja di dalam diri kita. Jika raja diri kita baik, maka baiklah seluruh anggota. Jika raja diri kita itu jahat, maka jahatlah seluruh anggota.

Mari kita mengenali hati nurani dengan lebih mudah melalui perumpamaan-perumpamaan. Hati ibarat perigi yang amat jernih. Dia akan terus jernih jika dijaga. Air yang jernih dan suci ini akan memberikan seribu satu manfaat apabila digunakan. Tapi ia akan menjadi kotor atau keruh kalau dibiarkan benda-benda yang kotor masuk ke dalamnya. Jika kitamenggunakannya, pasti akan mendatangkan penyakit dan kemudaratan.

Mari kita mengenali hati nurani melalui ibarat-ibarat pula. Hati ibarat tanah yang subur. Jika digemburkan bertambahlah kesuburannya. Kesuburannya akan menumbuhkan berbagai-bagai jenis tanaman yang memberi faedah. Tetapi, jika ia menjadi kemarau dan gersang. Tiada suatupun kehidupan yang boleh hidup. Maka, ia tidak lagi memberi apa-apa faedah kepada makhluk Allah.

JAGALAH HATI! JANGAN KAU KOTORI!

January 3rd, 2009 by sifutaj | 105 Comments »

SUB KONSTRUK 1 - NIAT

niat hijrah

Salam. Bertemu lagi kita untuk membahaskan tentang HQ. Kali ini, saya mulakan dengan satu hadis yang saya rasakan amat sinonim dengan HQ dan saya akan huraikan dari semasa ke semasa untuk menjadikannya salah satu sub konstruk HQ.

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.

(Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Huraian

Hadis ini membicarakan tentang persoalan niat dalam melakukan amalan-amalan. Apabila kita membicarakan persoalan niat, kita pasti faham bahawa niat itu bukannya datang dari lidah ataupun minda dan lain-lain anggota tubuh badan kita kecuali satu, iaitu HATI. Itulah sebabnya saya katakana isnya amat berkaitan dengan HQ. Jadi, kata kunci untuk sub konstuk ini ialah NIAT.

Niat dari sudut bahasa bermaksud mensasarkan sesuatu perbuatan atau hasrat untuk melakukan sesuatu tindakan. Dari sudut Syara` ia bermaksud berhasrat melakukan sesuatu serta diringi dengan perlakuan.

Tujuan berniat terbahagi pada dua.

Pertama: Ia bertujuan membezakan status amalan. Ia pula terbahagi dua. Pertama: Niat yang bertujuan membezakan antara amalan adat dan amalan ibadat. Contoh: Membezakan antara mandi kerana adat kebiasaan harian di awal pagi atau kerana mengangkat hadas besar. Kedua: Niat yang bertujuan membezakan antara amalan wajib dan sunat. Misalnya perbuatan memberi harta kepada orang miskin. Adakah ia kerana bayaran zakat atau kerana sedekah yang sunat. Niat akan membezakan status amalan kedua-duanya.

Tujuan kedua… dalam post yang akan datang. MASS salamah. Wa ilal li qa’.

January 3rd, 2009 by sifutaj | 55 Comments »

PERINGATAN

remember

Saya ingatkan kepada diri saya sendiri dan para pembaca beberapa perkara berkaitan penulisan saya:

-          Semua penulisan saya mungkin betul dan mungkin salah. Jika betul, guna dan sebarkanlah semoga kita sama-sama mendapat hidayah dan manfaatnya dari Ilahi. Yang pasti, jika kata-kata saya itu saya sandarkan dengan hujah dari al-Quran dan Hadis Nabi yang saya nyatakan kesahihannya dengan perawinya, tiada lagi keraguan padanya. Tetapi jika sebaliknya, ada kemungkinan ada kesilapan. YA ALLAH! BERILAH KAMI HIDAYAHMU.

-          Jika ada kesilapan, silalah tegur dengan cara yang berhemah dan saya akan perbetulkannya. AKU HANYA MANUSIA BIASA…

-          Penulisan ini bukan bertujuan untuk menandingi penulisan lain berkaitan kecerdasan, ianya mungkin boleh menjadi pelengkap, bahan tambah, atau sebagainya. Bergantung kepada anda menilainya. WE MUST RESPECT EACH OTHERS!

-           Sumber rujukan utama saya ialah al-Quran dan Hadis Nabi disamping pengalaman dan bahan bacaan lain dari pelbagai sumber. Oleh sebab bukan sepenuhnya dari al-Quran dan as-Sunnahlah, ada kemungkinan berlaku kesilapan. SEMUA ILMU DATANGNYA DARI ILAHI.

-          Penulisan ini akan ada penambahan dan juga pengurangan pada isi kandungan post bergantung kepda keperluan. BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL.

-          Selain itu, topiK perbincangan juga tidak teratur. Saya harap pembaca faham kerana saya baru memulakan kajian HQ ini dan belum ada apa-apa bahan rujukan lain yang khusus tentang HQ. BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA DAN SETERUSNYA…

-          Lain-lain, saya akan tambah kemudian. J Kalau boleh, apa kata anda kembangkan?

January 1st, 2009 by sifutaj | No Comments »

BAGAIMANA HQ BERFUNGSI?

bagaimana

BAGAIMANA HQ BERFUNGSI? Ini lagi satu soalan yang menarik! J Saya mahu menjawab persoalan itu dengan beberapa soalan.

S: Kenapa ada manusia sanggup membunuh?

J: Sebab manusia itu HATInya sudah kering!

S: Kenapa manusia berdendam?

J: Kerana sakit HATI dengan orang lain.

S: Kenapa manusia mencari hiburan?

J: Mengisi kekosongan HATI.

Masih ada banyak lagi persoalan yang saya mahu kemukakan, tetapi cukup dulu untuk kali ini. Kesimpulan dari soalan-soalan saya tadi ialah kembali kepada HATI. Manusia itu akan berfungsi dengan betul jika hatinya betul dan manusia akan gagal berfungsi dengan betul jika hatinya rosak. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Disebabkan penyakitnya hati, maka HATIlah yang perlu dirawat. Apa pendapat anda? Pelbagai penyakit hati dalam masyarakat kita. Itu kita bincangkan dalam pertemuan yang akan datang.

January 1st, 2009 by sifutaj | 54 Comments »

KENAPA HQ?

why

KENAPA HQ? Menarik persoalan itu. Tetapi, sebelum saya menjawab persoalan itu, baik rasanya jika saya ceritakan dahulu sejarah kajian saya berkaitan kecerdasan supaya pembaca lebih memahami kajian dan hasrat isi hati kecil saya. Untuk makluman, ketika mengambil Ijazah Sarjana Muda saya telah menjalankan kajian berkaitan EQ untuk Latihan Ilmiah. Saya amat tertarik dengan EQ dan ESQ. Besar hasrat saya menyambung kajian itu untuk master dan  seterusnya PhD. Eh! Kata buat kajian HQ, kenapa nak teruskan EQ atau ESQ pula? Itulah cabaran yang saya hadapi. Untuk makluman, setakat pengetahuan saya, IPT di negara kita hanya membenarkan kita membuat atau mengembangkan hasil kajian orang lain, bukannya mencipta kajian kita yang tersendiri. Kalau di luar negara, barulah boleh. Kalau begitu, sambunglah ke luar negara… J Rasanya, tak perlulah saya menjawab soalan itu. Yang penting, saya amat berharap, doa daripada kalian supaya saya dapat mencapai cita-cita saya itu. Kesimpulannya, kajian berkaitan HQ ini saya pelopori sendiri dan bukannya untuk tujuan pengajian Master atau PhD saya.

            Sekarang, saya jawab persoalan di atas. Saya memilih untuk mengkaji HQ atas beberapa sebab:

-          Ilham dari Ilahi.

-          Inspirasi dari hadis Nabi Muhammad s.a.w.

-          Satu istilah yang baru dan masih belum ada yang menggunakan.

-          Lain-lain saya tambah kemudian.

January 1st, 2009 by sifutaj | 60 Comments »

APA ITU HQ?

what

HQ atau dalam istilah yang panjangnya, “Heart Quotient” saya ertikan dengan kecerdasan hati. Sebagaimana Inteligent Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ) = Kecerdasan Emosi, Spritual Quotient (SQ) = Kecerdasan Rohani/Spritual dan gabungan daripada kecerdasan-kecerdasan itu seperti EQSQ, ESQ, EIQ dan lain-lain yang ada. Tetapi, HQ bukanlah gabungan daripada istilah-istilah tersebut. Setakat pemerhatian dan pencarian saya di kedai-kedai buku, internet dan dan lain-lain sumber ilmu, saya belum lagi menjumpai satu pun kajian yang berkaitan khusus dengan istilah HQ.Ia adalah satu istilah yang baru saya wujudkan sendiri hasil ilham daripada Ilahi.

January 1st, 2009 by sifutaj | 168 Comments »

SALAM PERKENALAN

hq

Selamat datang  dan terima kasih atas kunjungan ke laman blog Heart Quotient (HQ) ini. Ini adalah post pertama saya. Blog ini saya wujudkan khas untuk berkongsi komentar berkaitan kajian saya tentang HQ sekaligus mengumpul bahan-bahan yang berkaitan. Apa itu HQ? Saya akan terangkan dalam post yang akan datang. Perkara yang terpenting sebagai mukaddimah blog ini, saya bawakan satu hadis yang juga merupakan sumber inspirasi kajian ini:

 

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

December 30th, 2008 by sifutaj | 66 Comments »